KUALA LUMPUR 2 Ogos – Malayan Banking Bhd. (Maybank) diiktiraf sebagai Majikan Pilihan Graduan dan Majikan Paling Menarik Randstad bagi perkhidmatan perbankan dan kewangan di Malaysia. Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Abdul Manaf berkata, kedua-dua pengiktirafan berkenaan membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam mewujudkan tempat kerja yang kondusif dan inklusif kepada 43,000 kakitangannya. Katanya, pekerja memainkan peranan aktif dalam mewujudkan budaya kerja yang baik seterusnya mengukuhkan lagi kedudukan syarikat sebagai tempat terbaik untuk membina kerjaya. “Penyumbang utama kepada kejayaan ini adalah inisiatif berterusan Maybank seperti Persediaan untuk Masa Hadapan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya