KUALA LUMPUR 10 Ogos – Maxis memperkenal Maxis Zerolution360, program pemilikan telefon dengan pelan perlindungan yang komprehensif tanpa bayaran pendahuluan mahupun kad kredit. Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma berkata, antara perlindungan ditawarkan termasuk gantian peranti segera bagi telefon pintar yang dicuri atau rosak dan pilihan naik taraf percuma selepas dua tahun serta naik taraf dengan bayaran (satu tahun). “Pelanggan boleh memilih antara dua pakej perlindungan iaitu Asas dan Premium,” katanya ketika memperkenalkan program Maxis Zerolution360 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya