LONDON 8 Ogos – Rio Ferdinand bimbang Jose Mourinho memerlukan segala ‘taktik kotor’ bagi menghapuskan kesuraman yang menyelubungi Manchester United. Red Devils bakal membuka kempen Liga Perdana Inggeris menentang Leicester, Sabtu ini, pada ketika Mourinho masih lagi bertelingkah dengan Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward berhubung isu pembelian pemain baharu. Legenda Old Trafford, Ferdinand mengakui, dia tidak dapat melihat United mampu menamatkan saingan di atas juara bertahan, Manchester City atau Liverpool dalam pemburuan gelaran. Mourinho yang memasuki musim ketiga sebagai pengurus United bakal berdepan kempen berjaya atau gagal, dan Ferdinand…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya