PUTRAJAYA 10 Ogos – Tindakan orang ramai melabel dan mendiskriminasi golongan transgender di tempat kerja serta awam telah menyebabkan lebih banyak perkara negatif berlaku terhadap golongan tersebut. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, label-label negatif yang dilemparkan terhadap golongan tersebut menyebabkan mereka berasa tersisih daripada masyarakat dan mula terlibat dalam perkara negatif. Berikutan itu, katanya, satu usaha perlu dilakukan bagi mendekatkan golongan tersebut dengan masyarakat. “Saya menggesa masyarakat supaya tidak mendiskriminasi mereka dan memberikan peluang untuk mereka menyumbang dan pergi ke sekolah, klinik, rumah ibadat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya