Sekolah Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-GSB) terus melaksanakan tanggungjawab sosialnya dengan menganjurkan Program Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat di Desa Rimbunan Kaseh, Batu Hampar Rembau, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Program yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Penduduk Desa Rimbunan Kaseh (DRK) itu merupakan inisiatif bagi membudayakan pembelajaran sepanjang hayat serta bertujuan merapatkan lagi hubungan antara masyarakat dengan komuniti tempatan. Majlis itu telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Negeri Sembilan, Ismail Ahmad. Ismail berkata, program tersebut bertujuan merapatkan lagi hubungan komuniti dengan pelajar universiti di desa ini. Aktiviti kali…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya