MESKIPUN hampir 32 tahun kejadian sekumpulan banduan bersenjata menjadikan seorang doktor dan pembantunya sebagai tebusan di Penjara Pudu berlalu, namun peristiwa itu masih segar pada ingatan bekas Subinspektor Mohd. Mashkor Muradi. Drama cemas tersebut berlarutan selama enam hari dan berakhir pada 22 Oktober 1986 apabila Mohd. Mashkor bersama rakan-rakannya dari Unit Tindakan Khas (UTK) Polis ditugaskan untuk menggempur kawasan klinik yang dijadikan kubu pertahanan enam banduan terbabit. Menceritakan kembali detik tersebut, Mohd. Mashkor yang ketika itu berpangkat sarjan semasa memasuki kubu lawan yang diketuai banduan berbahaya, Jimmy Chua, kira-kira pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya