ALOR SETAR 21 Ogos – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berupaya untuk memansuhkan kutipan tol di seluruh negara secara serentak seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) sebaliknya berhasrat untuk melakukan secara berperingkat. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah berkata, langkah untuk memansuhkan kutipan tol secara berperingkat itu bagaimanapun perlu mengambil kira kemampuan kewangan negara sebelum dilaksanakan. “Kita boleh kaji balik supaya dilakukan secara berperingkat kerana kalau nak buat sekali gus termasuk tol Lebuh Raya Utara-Selatan dan lebuh raya lain, kerajaan tidak ada kemampuan untuk bayar pampasan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya