JAKARTA 8 Ogos – Lebih 156,000 penduduk Pulau Lombok terpaksa tidur di pusat perlindungan setelah hilang tempat tinggal apabila dilanda gempa bumi yang kuat pada Ahad lalu selain berdepan masalah kekurangan makanan, bantuan perubatan dan bekalan air bersih. Gempa sekuat 7 pada skala Richter itu mengorbankan sekurang-kurangnya 131 orang selain mencetuskan keadaan panik dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong, iaitu seminggu selepas satu gegaran meragut sebanyak 17 nyawa di pulau percutian terbabit. Kira-kira 1,477 orang dilapor cedera parah dalam gempa terbaharu ini dengan puluhan ribu rumah penduduk rosak sehingga memaksa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya