MATARAM 11 Ogos – Angka korban gempa bumi yang melanda Lombok hampir seminggu lalu telah meningkat kepada 387 orang dengan ratusan ribu penduduk masih kehilangan tempat tinggal, terputus bekalan air bersih, makanan dan bantuan perubatan. Gempa bumi sekuat 7 skala Richter memusnahkan ribuan rumah, masjid, premis perniagaan di sekitar pulau berkenaan. Jurucakap Badan Pengurusan Nasional Bencana (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho berkata, jumlah mangsa korban sudah dijangka meningkat memandangkan masih ada mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan, selain mangsa yang tidak direkodkan dan melapor diri. “Jumlah penduduk yang kehilangan tempat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya