KUALA LUMPUR – Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-Kanak tidak akan ditutup malah ia bakal diperluaskan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan sedang membuat persediaan untuk memperluas mahkamah berkenaan di Selangor, Pahang dan Johor. Beliau berkata, setakat ini, terdapat dua mahkamah berkenaan iaitu di Putrajaya yang beroperasi pada 23 Jun tahun lepas dan sebuah lagi di Kuching, Sarawak yang mula beroperasi pada 18 April lalu. “Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan tak pernah berhasrat menutupnya dan pada masa ini, semua mahkamah ini beroperasi seperti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya