GEORGE TOWN – Lorong perlahan di beberapa lokasi di Jambatan Pulau Pinang ditutup secara berperingkat sehingga 30 Ogos ini bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin. PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam kenyataan hari ini berkata kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin struktur bawah Jambatan Pulau Pinang dijalankan antara pukul 11 pagi dan 3.00 petang setiap hari kecuali Sabtu, Ahad dan cuti kelepasan am. PLUS berkata kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan rutin itu tidak berkaitan dengan kerja-kerja pemeriksaan dan penyelengaraan berjadual kabel Jambatan Pulau Pinang yang telah selesai pada 31 Julai lepas. …
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya