Terlalu amat perih sewaktu menyurihkan asasnya dengan tertib berpahat tegak dalam susila bertumang pasak menyambat ikatan perabung budi mengutuhkan susunan bumbung harmoni setelah memarut segala tragedi meluaskan sejarah berdaulat peribumi. Berdekad kita menukangi struktur dengan ramuan kayu terbaik keras dan kuat jalinan tekstur jati, cengal dan merbau yang menunjang tiang seri berimbang gelegar, rasuk dan jenang tersergam kediaman idaman generasi. Rumah ini milik kita bersama peradaban yang meneduhkan watan akrab menguasai dinding wawasan pancang yang menegarkan pagar juang ketuanan yang mengongsi ruang daripada kersani maruah moyang terbilang. Selamanya, lestari rumah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya