TELUK INTAN 10 Ogos – Seorang lelaki warga China ditemukan mati lemas hari ini setelah terjatuh ke dalam Sungai Perak, di sini kelmarin. Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditemukan terapung oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 8.30 pagi. Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Zulkafle Abdullah berkata, mayat mangsa ditemukan pada jarak kira-kira 50 meter dari tebing dan 100 meter dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh bot. Katanya, rakan mangsa memberitahu mangsa terjatuh semasa bot dinaiki mereka sedang berlabuh di tengah Sungai Perak. “Pasukan bomba yang dimaklumkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya