JITRA – Seorang lelaki yang memiliki kad rawatan sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis rebah secara tiba-tiba sebelum meninggal dunia ketika berurusan di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu, mangsa, Mohammad Nor Abu Seman, 53, yang berasal dari Kampung Padang Asun dekat sini dipercayai rebah sejurus berada di mesin ATM di bank berkenaan. Pegawai Pertahanan Awam Kubang Pasu, Kapten (PA) Kamarulzamal Kasa berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.22 pagi sebelum tiba ke…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya