KUALA LUMPUR 10 Ogos – Seorang lelaki maut selepas motosikal ditungganginya terjatuh selepas bergesel dengan sebuah lagi motosikal dalam kejadian di Jalan Sentul menghala Pasar Sentul di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 10.49 pagi itu, mangsa Malputra Amirudin, 33, dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah di bahagian kepalanya. Bagaimanapun, ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur, mangsa disahkan meninggal dunia. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asistan Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seorang lagi penunggang motosikal yang terlibat telah melarikan diri sebaik kejadian terbabit. “Sehubungan itu, siasatan lanjut…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya