DUNGUN – Seorang lelaki maut selepas kereta Proton Wira yang dipandunya terbabas lalu merempuh tembok pagar sebuah rumah di Kilometer 82.5, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu dekat bandar ini semalam. Dalam kejadian pada pukul 10.30 malam itu, R. Partiban, 25, yang berasal dari Taman Dato Rashid, Kuantan, Pahang meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan dalaman. Ketua Polis Daerah Dungun, Superitenden Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Partiban difahamkan dalam perjalanan ke bandar ini dari Paka dekat sini. “Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira yang dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya