KOTA TINGGI – Seorang pekerja buruh maut manakala tiga yang lain cedera selepas Proton Wira dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah lori membawa muatan sampah di Kilometer 5, Jalan Kota Tinggi-Kluang di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa, Mohamad Azmi Hassan, 27, yang juga pemandu Proton Wira itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit di dalam kenderaan tersebut. Tiga lagi mangsa yang merupakan penumpang kereta dilaporkan cedera dan kini dirawat di Hospital Kota Tinggi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata, kejadian dipercayai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya