AKTAU, KAZAKHSTAN 12 Ogos – Rusia, Iran, Azerbaijan, Kazakhstan dan Turkmenistan hari ini menandatangani konvensyen status perundangan laut Kaspia, isu yang telah dipertikaikan oleh kelima-lima negara itu sejak lebih dua dekad. Pemimpin negara-negara berkenaan berhimpun di sini untuk menandatangani dokumen tersebut namun tidak memberi perincian tentang perjanjian berkenaan. Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, penyelesaian status perundangan laut berkenaan akan `mewujudkan kerjasama antara kesemua negara ke tahap baharu kualitatif perkongsian bagi pembangunan kerjasama lebih rapat untuk landasan yang lain’. Rakan sejawatnya dari Iran, Hassan Rouhani berkata, persempadanan laut yang kaya dengan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya