LAHAD DATU – Lima kru bot tunda yang membawa muatan minyak kelapa sawit berdepan detik cemas selepas nyaris dirompak sekumpulan lelaki di perairan Tambisan di sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 6 petang tersebut, kru bot yang berusia antara 25 hingga 45 tahun terbabit dikatakan berjaya menyelamatkan diri masuk ke dalam dek berkunci lalu bertindak menghubungi pasukan keselamatan. Sebelum insiden, bot tunda itu dalam perjalanan dari Felda Sahabat dekat sini menghala ke Kuantan, Pahang. Bagaimanapun, sebaik tiba di perairan Tambisan secara tiba-tiba seramai 10 lelaki yang tidak dikenali datang menghampiri…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya