JOHOR BAHRU 6 Ogos – Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) dan Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi melatih golongan belia Felda dalam bidang kemahiran bagi meningkatkan taraf hidup mereka. Menerusi kerjasama berkenaan, KPYPJ akan menawarkan program kemahiran peringkat sijil, sijil kompetensi, diploma serta ijazah kepada golongan belia Felda bagi jangka masa pendek, separuh masa atau sepenuh masa. KPYPJ juga akan menyediakan segala kemudahan pembelajaran dan penginapan, makan, minum dan logistik kepada belia Felda terlibat sepanjang tempoh kursus berkenan. Dalam masa yang sama, KPYPJ turut membantu lulusan program…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya