KLANG 7 Ogos – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meletakkan pegawai dan anggota mencukupi bagi memastikan tahap kawalan keselamatan kapal Equanimity dalam keadaan terbaik sepanjang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang di sini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, setakat ini tahap keselamatan berada dalam keadaan terbaik dan beliau berpuas hati dengan kawalan pihak berkuasa. “Saya datang sini hanya untuk melakukan pemeriksaan dan berbincang tahap keselamatan bersama beberapa agensi yang terlibat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat kapal tersebut. Beliau meluangkan masa selama 30 minit…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya