HIDANGAN yang tersaji pada tengah hari itu hanya nasi panas berlaukkan kuah kari, ikan goreng dan kicap. Namun, bagi Mohd. Amirul Afiq Ameruddin, 24, itulah juadah paling lazat di dunia yang sentiasa dirindui. Rasa hangat tangan ibu yang menyuap ke mulutnya serta adik-beradik lain secara bergilir-gilir masih dikenang sehingga kini. Amalan itu menjadi rutin setiap kali ibunya, Norazlin Md. Nor, 45, pulang ke kampung di Rembang Panas, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kerana bekerja di Kuala Lumpur. Norazlin perlu bekerja selepas berpisah dengan suaminya. Norazlin hanya akan pulang ke pangkuan anak-anaknya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya