KUALA LUMPUR 5 Ogos – Kento Momota dinobat sebagai juara baharu Kejohanan Badminton Dunia 2018 selepas mengungguli aksi akhir perseorangan lelaki di Nanjing, China, hari ini. Pemain dari Jepun itu meraih kemenangan ke atas lawan dari China, Shi Yuqi dengan keputusan 21-11, 21-13 dalam tempoh masa 49 minit. Sementara itu, dalam saingan akhir individu wanita menyaksikan pemain dari Sepanyol, Carolina Marin muncul sebagai pemenang selepas menewaskan Pusarla V. Sindhu dari India dengan keputusan 21-19, 21-10. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya