KUALA LUMPUR 7 Ogos – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat untuk menubuhkan sebuah universiti yang memberi tumpuan kepada industri pertanian dalam usaha memacu dan memajukan lagi sektor berkenaan pada masa akan datang. Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, keperluan membangunkan sebuah universiti pertanian adalah amat penting dalam usaha meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan teknologi baharu seperti yang dilakukan Universiti Chulalongkorn dan Universiti Chiangmai di Thailand. Namun begitu, kata Salahuddin, pihaknya akan mengadakan perbincangan secara formal dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) terlebih dahulu memandangkan buat ketika ini UPM dikenali sebagai universiti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya