KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bakal menerima peruntukan tertinggi iaitu RM1.3 bilion bagi perbelanjaan kerajaan sepanjang tahun ini. Peruntukan paling sedikit adalah Kementerian Pengangkutan dengan jumlah RM14.7 juta. Jumlah peruntukan tersebut adalah seperti yang termaktub dalam Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018 dibentangkan dan dibaca buat kali pertama dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. Rang undang-undang tersebut dibacakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Rang undang-undang berkenaan dibentangkan berikutan berlaku beberapa penyusunan semula kementerian selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beberapa kementerian telah disusun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya