Astronomi merupakan salah satu cabang dalam bidang sains tertua di dunia dengan rekod pemerhatian dan pengukuran objek-objek di langit oleh hampir kesemua tamadun purba dunia termasuklah Mesopotamia, China, Babylon serta Yunani. Pengkhususan bidang ini dikatakan bermula daripada bidang astrologi yang memperihalkan keinginan manusia untuk memahami kewujudannya berdasarkan kedudukan matahari, planet dan bintang. Bermula daripada pemetaan kedudukan bintang dan buruj, bidang astronomi kini berkembang pesat dengan bantuan pemprosesan komputer yang membolehkan para penyelidik astronomi memahami segala fenomena alam semesta. Ilmu falak pula merupakan terma khusus yang digunakan dalam bidang astronomi Islam…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya