IPOH 11 Ogos – Keluarga tiga pelajar yang melecur akibat terkena air panas di sebuah sekolah di Kampung Selamat dekat Sitiawan Rabu lalu kesal dengan kenyataan exco kerajaan negeri bahawa kejadian berkenaan bukan disebabkan kecuaian guru, sebaliknya lebih kepada kemalangan. M. Loganathan, 46, berkata, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Penerangan negeri, Dr. Abdul Aziz Bari tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana siasatan mengenai kes itu masih belum selesai. Katanya, Abdul Aziz juga langsung tidak bertemu dengan ketiga-tiga murid terlibat serta ahli keluarga mereka untuk bertanyakan mengenai kejadian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya