KETIKA ini Mekah semakin padat dengan bakal-bakal haji sementelahan berbaki tiga hari sahaja sebelum wukuf. Didoakan para jemaah haji berada dalam sihat walafiat melaksanakan pelbagai ibadat walaupun dikhabarkan cuaca di Mekah agak panas sehingga mencecah 50 darjah Celsius. Bagi kita yang tidak berkesempatan menjadi tetamu Allah kali ini, mari kita rebut peluang melakukan pelbagai ibadat sunat dalam 10 hari pertama bulan Zulhijah. Ada beberapa dalil al-Quran dan hadis yang menyebut tentang kelebihannya. Antaranya, firman Allah SWT yang bermaksud: Demi fajar dan malam yang sepuluh. (al-Fajr: 1-2) Menurut Ibnu Kathir: Yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya