SEBERANG PERAI – Sebuah kedai alat ganti kenderaan hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan Bagan Luar, Butterworth di sini kira-kira pukul 8 pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian tersebut bagimanapun tidak menyebabkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan. Menurutnya, kebakaran itu mengakibatkan kemusnahan 100 peratus di tingkat bawah, manakala bahagian atas hangus kira-kira 20 peratus. Jurucakap itu berkata, api berjaya dikawal pada pukul 8.31 pagi daripada terus merebak ke premis bersebelahan. Difahamkan, usaha pemadaman api diteruskan sehingga menjelang tengah hari. – K! ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya