KLANG – Kapal mewah Equanimity yang dikaitkan dengan kes syarikat pelaburan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) selamat tiba di Terminal Boustead Cruise Center, Pelabuhan Klang kira-kira pukul 12.35 tengah hari tadi. Kapal tersebut dipercayai berlepas dari perairan Batam, Indonesia pada pukul 4.45 petang semalam. Sepanjang pelayaran kira-kira 20 jam itu, kapal berkenaan telah diiringi oleh tiga buah kapal Polis Marin iaitu PT2, PA45 dan PA9 dengan kekuatan 50 anggota termasuk pegawai Polis Marin. Turut kelihatan adalah pasukan petugas dari Jabatan Peguam Negara dan pegawai pasukan khas 1MDB yang telah bersiap sedia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya