KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kao Malaysia Sdn. Bhd. optimis dapat mencapai sasaran jualan sebanyak tujuh peratus tahun ini terutama dengan pengenalan produk Laurier serba baharu. Naib Presiden Jualannya, Ngo Wei Foo berkata, ia didorong oleh sambutan menggalakkan daripada semua rangkaian produknya termasuk penjagaan diri dan kesihatan. Katanya, pihaknya juga yakin dengan sentimen perniagaan bagi separuh kedua tahun ini yang dijangka berkembang lebih baik di sebalik pelbagai cabaran. “Setiap tahun kita mencapai pertumbuhan jualan antara enam hingga lapan peratus, jadi tahun ini kita berharap dapat mencapai sasaran seperti ditetapkan,” katanya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya