KUALA LUMPUR 1 Ogos – Penemuan mayat seorang lelaki di landasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Pusat Bandar Puchong dekat sini hari ini menyebabkan sistem pengangkutan itu tergendala selama dua jam. Kejadian kira-kira pukul 7. 15 pagi itu menyebabkan laluan dari Sentul Timur ke Putra Height kedua-dua hala terhenti sekali gus mengakibatkan perjalanan ratusan pengguna yang bermula pada pukul 7 pagi tergendala dan hanya dapat diteruskan pada pukul 9.05 pagi. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pada pukul 7.51 pagi.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya