JAKARTA 9 Ogos – Presiden Indonesia, Joko Widodo akan mendaftar sebagai calon pada pilihan raya Presiden 2019 secara rasminya esok, menurut portal berita BeritaSatu.com. “Esok pagi…saya dan calon Naib Presiden akan mendaftar kepada suruhanjaya pilihan raya,” kata Joko Widodo atau dikenali sebagai Jokowi seperti dipetik oleh portal terbabit. Jokowi menamakan ketua Majlis Ulama Indonesia, Ma’ruf Amin sebagai calon Naib Presiden pada pilihan raya tahun hadapan. Indonesia akan mengadakan pilihan raya Presiden pada April 2019. – REUTERS
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya