SERDANG – Selepas berjaya menyita kapal mewah Equanimity yang dirampas Indonesia, kerajaan berhasrat menyita dan membawa pulang jet peribadi milik ahli perniagaan kontroversi yang menjadi buruan, Low Taek Jho yang kini dilaporkan berada di Singapura. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang memikirkan untuk membawa pulang jet Bombardier Global 5000 berharga RM200 juta yang dirampas pihak berkuasa Singapura pada tahun 2017. Bagaimanapun, menurut beliau, perbincangan untuk membawa jet tersebut ke negara ini sedang dilakukan oleh pihak lain dan beliau tidak tahu perkembangan tersebut. “Ya, saya fikir begitu. Kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya