KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta tidak terburu-buru untuk memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang antara lain penggubalannya bertujuan melindungi mereka yang menjadi mangsa berita palsu mendapat keadilan. Ketua Whip Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penggubalan akta itu yang baru sahaja diwartakan pada 11 April lepas dibuat dengan penelitian yang mendalam. “Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) merasakan terdapat fasal atau seksyen yang tidak lagi bersesuaian dan lapuk, pindaan boleh dilakukan tetapi bukan dengan memansuhkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Azalina, walaupun terdapat beberapa undang-undang yang berkaitan,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya