PUTRAJAYA 13 Ogos – Jabatan Perikanan berharap orang ramai tidak khuatir terhadap pengeluaran udang dari sumber akuakultur berikutan sebuah video tular mengenai objek seperti cacing di bahagian kepala udang baru-baru ini. Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perikanan memberitahu, seperti ditunjukkan pada video berkenaan, objek putih seperti cacing yang dikeluarkan dari bahagian kepala spesimen udang tersebut diyakini bukan cacing. Sebaliknya, menurut jabatan itu, objek tersebut merupakan kelonsong spermatozoa (spermatid) dari udang matang jantan. “Berdasarkan bahasa slanga yang digunakan berkemungkinan video tersebut adalah dari luar negara,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya