KOTA BHARU 13 Ogos – Pemain Kelantan musim ini yang ‘bercakap’ soal gaji di laman-laman sosial tidak akan mendapat bayaran daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa). Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, badan induk itu tidak akan melunaskan bayaran sekiranya ada yang berbuat demikian. Menurutnya, beliau lebih selesa pemain datang sendiri ke pejabat dan bertemu secara berdepan bagi menyelesaikan isu tersebut. “Pemain patut datang berurusan dengan Kafa dan bukan menggunakan media, kecuali mereka (pemain) sengaja hendak mencetuskan persepsi yang tidak bagus kepada majikan. “Sebagai pemain mereka perlu menghormati kontrak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya