KUBANG PASU 5 Ogos – Kisah pasangan pengantin baharu yang bergelar suami isteri tidak sampai 24 jam apabila pengantin perempuannya meninggal dunia kerana penyakit kanser sarcoma atau kanser tisu tahap empat telah menyentuh hati netizen dalam media sosial sejak semalam. Ikatan perkahwinan antara arwah Fatin Nursyahirah Yusuf, 24, bersama pasangannya, Mohammad Saiful Azzam Mohmed, 25, pada Jumaat lalu hanya berlangsung selama 18 jam selepas penuntut Universiti Malaya itu menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 5.30 pagi semalam. Menurut abang kepada arwah Fatin Nusyahirah, Mohamad Shukur, 30, kisah perkahwinan Fatin Nursyahirah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya