MATARAM – Lebih 500 pendaki dan pemandu arah berjaya dipindahkan dari sebuah gunung berapi Indonesia selepas mereka terperangkap akibat tanah runtuh yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat, kata beberapa pegawai semalam. Bertan-tan batu dan lumpur mengalir turun dari Gunung Rinjani apabila gempa bumi bermagnitud 6.4 itu menggegarkan pulau pelancongan Lombok Ahad lalu, diikuti oleh lebih 100 gempa susulan. Bencana itu menyebabkan sejumlah laluan di gunung berkenaan terhalang. Kira-kira 560 pendaki dipercayai terkandas termasuk warga Amerika Syarikat (AS), Perancis, Belanda, Thailand dan Jerman di samping beberapa negara lain, demikian menurut pegawai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya