RUKUN Islam ke-5 iaitu menunaikan haji ke Mekah adalah kemuncak ibadah pada setiap umat Islam. Selepas berakhirnya Syawal, maka tiba Zulkaedah yang menandakan bermulanya persiapan bagi bakal-bakal haji yang disempurnakan pada bulan Zulhijjah. Bagi yang berpeluang ke Mekah, ia satu perjalanan suci menyahut seruan Ilahi yang tiada tolok bandingnya. Tempat yang menghimpunkan kira-kira tiga juta umat Islam menyaksikan himpunan terbesar umat Islam dan terbesar daripada mana-mana agama. Manusia dari seluruh pelosok dunia berhimpun demi menghambakan diri menyahut seruan ibadah yang telah diseru sejak zaman Nabi Ibrahim AS lagi. Ia memerlukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya