KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ikatan Guru-guru Muslim Malaysia (iGuru) menggesa kerajaan segera menyelesaikan masalah kira-kira 6,500 siswazah pendidikan yang masih belum ditempatkan di sekolah-sekolah. Presidennya, Mohd. Azizee Hasan berkata, keadaan diburukkan lagi apabila terdapat 3,392 graduan yang ditemu duga pada April lalu masih belum menerima keputusannya. Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan terutamanya Kementerian Pendidikan perlu segera mencari jalan penyelesaian memandangkan masalah ini membabitkan masa depan siswazah yang terlibat. “Seeloknya siswazah ini ditempatkan secara sementara sebagai guru interim dan pembantu guru dengan jaminan akan dilantik sebagai guru tetap dalam tempoh…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya