SHAH ALAM 17 Ogos – Setelah 29 tahun berkhidmat dalam dunia perundangan dan kehakiman, hari ini seorang Hakim Mahkamah Sesyen bersama anak lelakinya diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara dalam suatu majlis di Mahkamah Tinggi di sini. Hakim Datin Nursinah Adzmi dan Muhammad Hafizuddin Salehuddin masing-masing merupakan isteri dan anak kepada peguam Datuk Salehuddin Saidin yang juga peguam Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Salehuddin yang merupakan tenaga pengajar kepada Muhammad Hafizuddin, 24, turut diberi penghormatan menyarungkan jubah peguam kepada anak dan isterinya, Nursinah, 54, sebagai simbolik penerimaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya