KUALA LUMPUR – Golongan transgender disaran menggunakan tandas orang kelainan upaya (OKU) bagi mengelak kebimbangan dan perasaan tidak selamat dalam kalangan orang awam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh. Beliau berkata, saranan itu suatu langkah difikirkan sesuai ketika ini, kerana kerajaan turut mengambil kira keresahan dan pendapat diutarakan ramai pihak yang gusar berhubung isu tersebut. “Apabila golongan ini (transgender) ke tandas wanita, orang perempuan pula berasa tidak selesa, tidak selamat. Sebab itu situasi ini menjadi satu dilema yang perlu difahami,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya