MATARAM 6 Ogos – Pasukan keselamatan Indonesia hari ini giat menjalankan operasi mencari serta mengesan (SAR) mangsa-mangsa gempa bumi kuat yang melanda Lombok semalam. Jurucakap agensi bencana Indonesia, Sutopo Nughoro berkata, anggota keselamatan masih berada di kebanyakan lokasi kejadian untuk mencari mangsa yang terperangkap dalam bangunan runtuh. “Operasi SAR masih diteruskan sehingga hari ini, selain memindahkan penduduk ke tempat selamat. “Kami menjangkakan jumlah korban akan terus meningkat,” katanya. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya