Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) bakal menganjurkan sebuah konsert percuma yang diberi nama Voices of Ladies khas untuk warga kota pada Sabtu ini. Konsert yang menampilkan enam orang penyanyi wanita terulung sepanjang zaman seperti Aishah, Ella, Noraniza Idris, Nor Ariffin, Yuka Kharisma dan Elda Susanti itu akan diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana. Menurut Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Khairul Anuar Mhd. Juri, program sedemikian merupakan salah satu cara buat pihaknya untuk kembali memeriahkan Panggung Anniversari yang pernah popular…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya