SHAH ALAM – Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah yang didiami mereka di Jalan Titi Kanan, Kampung Sungai Kandis di sini musnah dalam satu kebakaran petang tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, rumah kayu berukuran hampir 640 meter persegi itu musnah 100 peratus. Bagaimanapun, tindakan pantas salah seorang anak mangsa yang bertindak memecahkan cermin kereta Proton Persona dan mengalihkan dari kawasan rumah itu dapat menyelamatkan kereta tersebut daripada rentung. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamaruddin berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan 5.11 petang sebuah jentera bersama…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya