PARIS 2 Ogos – Seramai empat orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dihanyutkan banjir kilat ketika melakukan pendakian di salah sebuah canyon di kepulauan Corsica. Menurut pendakwa raya tempatan, Eric Bouillard berkata seorang lagi dilaporkan hilang manakala dua orang berjaya menyelamatkan diri. Banjir kilat berkenaan dipercayai berpunca daripada ribut yang menyebabkan hujan lebat sejak beberapa hari lalu. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya