SHAH ALAM – Empat kenderaan musnah dalam satu kebakaran di sebuah bengkel membaiki kereta di Jalan Lengkuk Bukit Rimau 1, Seksyen 32 di sini pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 9.55 pagi itu, empat kenderaan tersebut terdiri daripada dua buah van jenis Nissan dan Toyota, sebuah kereta Proton Iswara dan Perodua Myvi. Difahamkan bengkel tersebut beroperasi tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam, Azmel Kamaruddin berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.59 pagi, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya