PUTRAJAYA – Harapkan pagar, pagar makan padi. Demikianlah sikap bos pengawal keselamatan dan 16 anak buahnya yang dibayar gaji menjaga bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini beralih menjadi penjenayah apabila mereka disyaki menyeleweng dana Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sebanyak RM3.5 juta pada Mei lalu. Dana jutaan ringgit itu dikatakan milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk PRU-14 yang berlangsung pada 9 Mei. Bagaimanapun, satu sumber memberitahu, wang tersebut dicuri kumpulan pengawal keselamatan yang diketuai pegawai Keselamatan Gred 52 yang berusia 51 tahun dan 16 orang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya