KUALA TERENGGANU – Dua lelaki warga Vietnam ditahan selepas dipercayai cuba memecah masuk sebuah kedai perkakasan di Bandar Permaisuri, Setiu di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, kedua-dua suspek berusia 37 dan 30 tahun itu diberkas sekumpulan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu kira-kira pukul 1 pagi hasil maklumat awam. Menurut beliau, tindakan pantas seorang pengawal keselamatan di premis berhampiran yang menghubungi pihak polis sejurus melihat sebuah kereta jenis Proton Saga BLM dalam keadaan mencurigakan berjaya membawa kepada penangkapan suspek terbabit.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya